Al-Tahtawi menjelaskan dalam kitabnya Fathu al-Mannan Bi Ahkam al-Jan, gambaran penguasaan syaitan ke dalam hati manusia di
gambarkan menerusi bandingan berikut :
gambarkan menerusi bandingan berikut :
“ Hati laksana benteng, benteng itu berpagar, dan pagar mempunyai pintu. Penghuni di dalamnya ialah akal. Para malaikat sering berjaga di kawasan benteng itu. Tetapi di situ juga ada tempat bersembunyi yang akan didatangi oleh syaitan.
Peperangan sentiasa berlaku antara penghuni kota iaitu akal dan syaitan berserta gurkha iaitu nafsu. Syaitan tidak pernah berhenti mencari helah dan waktu untuk manyerang. Maka penjaga hendaklah mengetahui berapa bilangan pintu dan kota dan bagaimana menangani kemaraan musuh. Kota ini akan diterangi dengan zikir yang diamalkan, menjadikan padanya cermin yang akan menterbalikkan imej setiap yang melaluinya.
Maka syaitan dan tenteranya akan berusaha dan mencari helah, antaranya dengan mewujudkan kepulan asap. Asap yang akan menggelapkan suasana sehingga pengawal tidak nampak apa yang berlaku.

Asap ini juga turut melekat pada cermin yang mengakibatkan kita tidak nampak imej yang sebenarnya. Istiqamah dengan zikir mampu membersihkan cermin menjadikannya reflektif semula. Demikianlah pertarungan sengit sentiasa berlaku dalam diri kita. Semakin kuat keimanan, makin dahsyat cabaran yang harus ditempuhi. Kadangkala angin kencang bertiup menyemarakkan asap nyalaan iblis hingga para penjaga terlepas musuh masuk ke dalam mempengaruhi penghuninya iaitu akaL…”
Renung- renungkanlah…(^_^)
No comments:
Post a Comment